fb fb fb fb fb

HRW gesa PBB kemukakan laporan penindasan di Xinjiang

(Pengarah Eksekutif Human Rights Watch, Ken Roth) - FOTO AFP


GENEVA, 23 Februari- Human Rights Watch (HRW) menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan laporan berhubung penindasan etnik minoriti di Xinjiang, China.

Pengarah Eksekutif HRW, Ken Roth, mengesa Ketua Hak Asasi PBB, Michelle Bachelet, mengumumkan segera laporan mengenai dakwaan China melakukan pencabulan hak asasi manusia terutama terhadap etnik Uighur di Xinjiang.

Tegas beliau, Bachelet perlu berbuat demikian sebelum tarikh ucapan rasminya pada sesi tahunan Majlis Hak Asasi Manusia PBB 7 Mac ini.

Katanya, jurucakap kepada Bachelet pada Disember tahun lalu memaklumkan laporan terbabit akan dikemukakan dalam tempoh terdekat.

"Kami masih belum menerima laporan terbabit dan masih samar mengenai apa sebenarnya yang berlaku, tiada lagi alasan untuk menangguhkannya lebih lama," katanya.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pejabat Bachelet berhubung perkara itu. -REUTERS

Media Baharu