fb fb fb fb fb

Penjajah Israel serang petani zaitun di Nablus

FOTO WAFA

NABLUS, 28 Oktober- Penjajah Israel hari ini dilapor menyerang petani tanaman zaitun warga Palestin di bandar Qusra, selatan sini di Tebing Barat, menurut seorang aktivis tempatan.

Agensi Berita Palestin (WAFA) berkata, aktivis anti-penempatan, Fouad Hassan memberitahu, beberapa penjajah Israel dari jajahan haram Yesh Kodesh datang ke kawasan itu dengan dilindungi tentera zionis.

Penjajah berkenaan telah menyerang petani yang sedang memetik buah zaitun dengan batu dan kayu hingga menyebabkan mangsa cedera serta dikejarkan ke hospital.

Fouad berkata, pihak zionis juga berlaku biadab mencabut puluhan pokok zaitun walaupun pada hakikatnya kawasan berkenaan berada di bawah pentadbiran Palestin.

Penduduk di sini sejak sekian lama telah diganggu penjajah dan tentera zionis yang melakukan penindasan termasuk ditembak dengan peluru hidup dan gas pemedih mata beracun.

SITI AISHAH BINTI MD ISA