GAZA, 28 Oktober- Seorang anggota pejuang Hamas yang mengetuai serangan udara iaitu Komander Asem Abu Rakaba didakwa terbunuh dalan serangan udara rejim zionis, malam tadi.
Abu Rakaba adalah individu yang bertanggungjawab menyelia drone, paraglider, pengesanan dan pertahanan udara Hamas.
Malam tadi, pesawat zionis melakukan beratus-ratus serangan ke atas utara Gaza yang didakwa pihaknya sebagai operasi 'sasaran bawah tanah'.
Lebih 7,300 penduduk Gaza terbunuh, manakala 1,400 orang Israel mati sejak konflik bermula pada 7 Oktober lalu. -AFP