fb fb fb fb fb

Penipu British berjaya ditahan

BRUSSELS, 3 September - Seorang penipu warganegara British terkenal yang menjadi subjek dokumentari Netflix baru-baru ini, dan dikehendaki Polis Perancis kerana mencederakan dua pegawai ketika melarikan diri semasa pemeriksaan telah ditahan di Belgium.

Robert Hendy-Freegard, bekas pelayan bar, 51 tahun, telah melarikan diri sejak akhir Ogos, apabila dia melanggar dua pegawai polis dengan kenderaan jenis Audi A3 miliknya di sebuah kampung terpencil di tengah Perancis sebelum melarikan diri.

Awal tahun ini, dia menjadi subjek dokumentari Netflix "The Puppet Master: Hunting the Ultimate Conman" yang membawa kepada serbuan di Perancis.

Hendy-Freegard ditahan pada Jumaat berhampiran Brussels dan dijadual hadir di hadapan hakim pada hari Sabtu, kata jurucakap polis persekutuan Belgium.

Dia turut memelihara anjing secara haram dan tinggal di kampung Vidaillat di wilayah Creuse sejak 2015, menurut pegawai tempatan.

(FOTO AFP)

“Ketika polis mengeluarkan arahan agar salah seorang rakan kongsi untuk ikut mereka ke balai terdekat, individu tersebut telah menghidupkan enjin kereta sebelum melanggar dua pegawai dan kemudian melarikan diri,” kata kenyataan polis di wilayah Creuse.

Salah seorang pegawai dimasukkan ke hospital dengan kesan luka di hidungnya, kata polis, sambil menambah suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Audi A3. Hendy-Freegard, seorang bekas jurujual berusia 51 tahun, telah digelar ‘The Puppet Master’ kerana keupayaannya mengawal mangsa penipuannya.

Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah London pada 2005 kerana menipu, mencuri dan menculik dalam perbicaraan yang dihadiri oleh tujuh mangsa yang wangnya telah gunakan oleh Hendy-Freegard untuk membeli kereta mewah, makanan mahal dan hotel percutian lima bintang.

Tetapi tuduhan penculikan kemudiannya telah dibatalkan atas rayuan dan dia dibebaskan dari penjara pada tahun 2009. - AFP

Media Baharu