MANILA, 11 November- Filipina mengurangkan cukai korporat dan menawarkan insentif fiskal lebih banyak bawah undang-undang baharu.
Presidennya, Ferdinand Marcos Jr. berkata langkah itu bertujuan menarik lebih banyak pelaburan asing.
Selain mengurangkan cukai pendapatan korporat kepada 20 peratus daripada 25 peratus dan membolehkan firma mengamalkan pengaturan bekerja dari rumah.
"Kami telah mengambil langkah tegas ke arah visi kami untuk ekonomi Filipina yang berdaya saing global dan diterajui pelaburan.
"Melalui undang-undang ini, kami berusaha untuk menarik... pelaburan domestik dan global, memberi tumpuan kepada industri strategik yang akan membentuk masa depan," kata Marcos.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian yang dihadiri penggubal undang-undang.
Undang-undang tersebut membenarkan perniagaan menikmati insentif pelaburan daripada potongan cukai yang dipertingkatkan. -AFP