MADRID, 11 November- Sepanyol mengumumkan pakej bantuan bernilai 3.76 bilion Euro ($4 billion) bagi membantu penduduk terjejas banjir di negara tersebut.
Menurut Perdana Menteri, Pedro Sanchez jumlah itu bagi mengukuhkan lagi bantuan pertama bernilai 10.6 bilion Euro yang diumumkan minggu lalu.
Beliau berkata, pampasan akan diperkemas dan diperluaskan bagi menampung penduduk dan harta benda.
Petani juga akan bantuan baharu berjumlah 200 juta Euro.
"Kerajaan akan membantu rakyat yang memerlukan," kata Sanchez dalam sidang media.
Sementara itu, perkhidmatan cuaca negara AEMET menjangkakan satu lagi ribut yang berpotensi membawa hujan lebat akan melanda Valencia minggu ini.
Terdahulu dilaporkan banjir di Sepanyol mengorbankan 222 orang serta menyebabkan banyaknya berlaku kemusnahan harta benda. -AFP