fb fb fb fb fb

Pengesan neutrino terbesar dunia mula beroperasi di China

FOTO HIASAN

JIANGMEN, 26 Ogos - Pemerhati Neutrino Bawah Tanah Jiangmen (JUNO) di Guangdong, China, rasmi memulakan operasi selepas selesai diisi dengan 20,000 tan bahan pencerap cahaya (liquid scintillator), menjadikannya pengesan sfera lutsinar terbesar di dunia.

Kemudahan saintifik berteknologi tinggi itu mengambil masa lebih sedekad untuk dibangunkan dan kini menjadi fasiliti pertama seumpamanya yang beroperasi dengan skala ultra besar serta ketepatan tinggi. Data awal percubaan menunjukkan prestasi JUNO mencapai, malah melebihi, jangkaan asal.

Terletak jauh di bawah lapisan granit di Jiangmen, teras JUNO ialah sfera akrilik berdiameter 35.4 meter yang menempatkan 20,000 tan bahan pencerap cahaya, disokong rangka keluli tahan karat berdiameter 41.1 meter. Ia dilengkapi lebih 45,000 tiub pengganda cahaya bagi mengesan zarah neutrino yang dikenali sebagai "zarah hantu" kerana jarang berinteraksi dengan jirim biasa.

Projek tersebut menghimpunkan lebih 700 penyelidik dari 17 negara dengan matlamat utama mengukur hierarki jisim neutrino, selain menyumbang kepada pelbagai kajian fizik zarah termaju.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE