fb fb fb fb fb

Pengecualian tarif teknologi, saham Eropah lonjak lebih dua peratus

Bursa Saham New York (NYSE)/ AFP

LONDON, 14 April- Pasaran saham Eropah meningkat mendadak pada Isnin selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pengecualian daripada mengenakan tarif untuk telefon pintar, komputer riba, semikonduktor dan produk elektronik lain.

Perkara itu sekali gus mengurangkan kebimbangan dalam perang perdagangan.

Menerusi rekod keuntungan di Asia dan di Wall Street saham Eropah terus menunjukkan perningkatan sekitar dua peratus pada awal minggu selepas cadangan pengeculian tarif jangka pendek oleh Presiden AS Donald Trump.

Frankfurt melonjak 2.3 peratus dalam urus niaga awal, Paris naik 2.2 peratus dan London naik 1.9 peratus.

Pada Jumaat, AS mengurangkan sedikit tekanan terhadap perang perdagangannya dengan Beijing dan menyenaraikan pengecualian tarif untuk produk elektronik China -- yang merupakan sumber utama pengeluaran.

Pengumuman itu memberikan suntikan keyakinan kepada pelabur berikutan dua ekonomi terbesar dunia itu saling bertukar levi.

Levi AS ke atas China meningkat kepada 145 peratus, dan Beijing menetapkan sekatan 125 peratus ke atas import AS.

Tetapi Trump dan beberapa pembantu utamanya memaklumkan bahawa pengecualian itu disalahtafsirkan selain menyifatkan ia hanya sementara kerana pasukannya masih meneruskan tarif baharu terhadap banyak item dalam senarai tersebut.

"Nampaknya pengenaan tarif tidak boleh menjadi lebih teruk, pelabur teknologi terpaksa mengambil peluang untuk terus memahami fakta mengelirukan -- dan kadangkala bercanggah -- dengan mesej dari White House.

"Walaupun pelancaran tidak kemas, namun apa yang menarik perhatian pelabur ialah berita bahawa produk ini tidak akan dikenakan tarif khusus dari China," kata penganalisis ekuiti kanan di Hargreaves Lansdown Matt Britzman.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI