KAYSERI, 16 Oktober - Seorang pengawal keselamatan bertindak pantas menarik seorang wanita ke tempat selamat selepas mangsa secara tidak sengaja melangkah ke landasan ketika sebuah tram sedang menghampiri di bandar Kayseri, Turkiyer pada Selasa.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikeluarkan oleh Kayseri Transportation menunjukkan wanita berkenaan, yang memakai fon telinga, melangkah ke atas landasan tanpa menyedari kehadiran tram yang datang dari arah bertentangan.
Pengawal keselamatan yang menyedari keadaan itu segera menarik mangsa ke tepi sejurus sebelum tram berkenaan membrek kecemasan sekali gus mengelakkan kemalangan yang hampir berlaku.
Reuters mengesahkan lokasi kejadian berdasarkan maklumat pada tram serta laporan media tempatan, manakala Kayseri Transportation turut mengesahkan tarikh rakaman insiden tersebut.
Dalam kenyataannya, pihak Kayseri Transportation menasihatkan semua penumpang supaya lebih berhati-hati ketika berada di kawasan landasan bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.-REUTERS