WASHINGTON, 12 November - Syarikat penerbangan di seluruh Amerika Syarikat bakal mengurangkan penerbangan enam peratus bermula Selasa, walaupun terdapat keyakinan penutupan kerajaan persekutuan akan berakhir.
Setiausaha Pengangkutan, Sean Duffy memaklumkan perkara berkenaan, pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, Chicago.
Kongres disaran segera meluluskan langkah dwipartisan bagi menamatkan penutupan kerajaan, sekaligus memberi kelegaan kepada pengembara yang berdepan dengan gangguan penerbangan sebelum ini.
Beliau bagaimanapun, turut memberi amaran kelewatan dan pembatalan dijangka bertambah buruk menjelang sambutan Hari Kesyukuran yang disifatkan tempoh perjalanan paling sibu sepanjang tahun.
1 Oktober lepas bermulanya penutupan kerajaan selepas rundingan berkaitan keutamaan perbelanjaan persekutuan, buntu. - REUTERS