fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir Chennai dipindahkan

Penduduk dipindahkan Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) berikutan banjir akibat Taufan Michaung/REUTERS

CHENNAI, 7 Disember- Pasukan penyelamat menggunakan bot untuk membawa penduduk yang terkandas di rumah mereka berikutan banjir di Chennai, India pada Rabu.

Ia selepas taufan Michaung melanda pantai selatan selain membawa hujan lebat dan angin kencang yang menumbangkan pokok serta merosakkan jalan.

Dianggarkan 13 individu maut dalam kejadian banjir di negeri Andhra Pradesh pada Selasa.

Pasukan penyelamat menggunakan rakit untuk menyelamatkan orang awam di Chennai.

Media tempatan menunjukkan imej pekerja penyelamat mengharungi air paras pinggang serta kenderaan yang tenggelam. Helikopter tentera udara juga menurunkan bantuan makanan kepada penduduk terjejas banjir.

"Terdapat poket di kawasan rendah," kata Pesuruhjaya Greater Chennai Corporation Dr. J. Radhakrishnan. "Kami berharap ia segera diselesaikan."

Menurut umber, Foxconn Taiwan dan Pegatron menghentikan pengeluaran iPhone Apple di premis mereka berhampiran Chennai berikutan hujan pada Isnin namun Foxconn kembali beroperasi pada Selasa.

Di Andhra Pradesh kerosakan agak terkawal kerana mengalami kerosakan jalan dan pokok tumbang.

Beberapa penduduk mempersoalkan keupayaan infrastruktur bandar itu bagi menangani cuaca ekstrem. Ketua Menteri Negeri M K Stalin menulis kepada Perdana Menteri Narendra Modi meminta 50.6 bilion rupee untuk kerosakan itu.

Seorang jurutera awam dan pakar geo-analisis Raj Bhagat P berkata, sistem saliran air ribut lebih baik di bandar itu tidak dapat menghalang banjir.

"Penyelesaian ini banyak membantu bagi hujan sederhana dan lebat namun ia tidak dalam hujan yang sangat lebat dan sangat lebat," katanya.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI