fb fb fb fb fb

Penduduk tengah Gaza diarah berpindah

Warga Palestin meninggalkan Gaza City/ foto AFP

BAITULMAQDIS, 5 Oktober - Tentera Israel mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk di tengah Gaza, dengan menyatakan mereka sedang bersedia untuk memerangi pejuang Hamas secara besar-besaran.

Ini adalah arahan berpindah pertama dikeluarkan di Gaza dalam tempoh berminggu-minggu selepas zionis mengalihkan fokus memerangi Hizbullah di Lubnan.

Arahan yang dikeluarkan di laman "X" itu ditujukan kepada penduduk berhampiran Koridor Netzarim.

Sebahagian besar Gaza kini musnah sejak serangan pada 7 Oktober tahun lepas.

Perdana Menteri zionis, Benjamin Netanyahu berulang kali berikrar akan meneruskan kempen keganasan di bumi Gaza sehingga memperoleh kemenangan ke atas Hamas.

Di Gaza, hampir 2.4 juta penduduk hilang tempat tinggal, sekurang-kurangnya sekali. -AFP-

Trainee