fb fb fb fb fb

Penduduk Palestin dihalang memasuki Masjid Al-Aqsa

JERUSALEM, 26 Mac - Polis Israel bertindak memasuki perkarangan masjid Al-Aqsa dan menghalau penduduk Palestin untuk keluar dengan menutup pintu utama kompleks itu.

Polis Israel dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu dilakukan dengan mendakwa penduduk Palestin telah melanggar persetujuan.

"Saya sedang tidur di masjid dan seorang askar datang, dia memberitahu saya mesti bangun. Mereka memberitahu saya anda perlu bangun, dan perlu keluar. Mereka tidak mahu saya masuk," kata seorang jemaah.

Kompleks masjid itu, tapak suci bagi umat Islam, mempunyai sejarah konfrontasi yang panjang, termasuk insiden pada 2021 yang mencetuskan perang 10 hari antara Israel dan gerakan perjuangan Gaza, Hamas.

Ahad lalu, pegawai Israel dan Palestin menyatakan komitmen untuk mengurangkan keganasan, pada pertemuan di pusat peranginan Mesir di Sharm el-Sheikh.

(FOTO REUTERS)

Tebing Barat telah menyaksikan lonjakan konfrontasi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Ia termasuk serbuan ketenteraan Israel hampir setiap hari dan keganasan yang semakin meningkat oleh peneroka Yahudi. - REUTERS

Media Baharu