fb fb fb fb fb

Lelaki hina agama, Mahkamah Pakistan jatuhkan hukuman mati

(FOTO HIASAN/ AFP)

PESHAWAR, 26 Mac- Seorang lelaki Islam dihukum mati oleh mahkamah anti keganasan, atas kesalahan menyiarkan kandungan menghina agama menerusi kumpulan aplikasi WhatsApp.

Tertuduh, Syed Muhammad Zeeshan Syed Zakaullah disabitkan bersalah di bawah Akta Pencegahan Jenayah Elektronik dan Akta Anti-Pengganas.

Tindakannya itu adalah isu sangat sensitif dalam majoriti Muslim di Pakistan dengan tuduhan gagal dibuktikan pun boleh mencetuskan rusuhan dan keganasan.

"Tertuduh berada dalam tahanan disabitkan dan dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah," kata hakim dalam salinan penghakiman diperoleh AFP.

Syed Muhammad Zeeshan yang menetap di bandar barat laut Mardan turut didenda 1.2 juta rupee (RM18,768.78) dan dijatuhkan hukuman penjara selama 23 tahun dan berhak untuk mengemukakan rayuan.

Peguam Ibrar Hussain berkata, siasatan kes dibuat selepas anak guamnya yang juga penduduk Talagang dekat wilayah Punjab, Muhammad Saeed, memfailkan permohonan kepada Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) dua tahun lalu, mendakwa Syed Muhammad Zeeshan menyiarkan kandungan menghina dalam kumpulan WhatsApp.

"FIA merampas telefon bimbit Syed Muhammad Zeeshan dan pemeriksaan forensik membuktikan dia bersalah," katanya.

Biarpun undang-undang Pakistan melarang tindakan atau kesalahan bercakap secara keji mengenai tuhan atau perkara suci dan memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan, namun peruntukan itu belum pernah dikuatkuasakan setakat ini.

Walaupun banyak kes membabitkan masyarakat Islam menuduh sesama seagama, aktivis hak asasi manusia telah memberi amaran bahawa agama minoriti, khususnya Kristian sering terperangkap dalam pertikaian, dengan tuduhan sama digunakan bagi menyelesaikan pertikaian peribadi.

Berdasarkan Suruhanjaya Kebangsaan Keadilan dan Keamanan di Pakistan, seramai 774 umat Islam dan 760 ahli pelbagai kumpulan agama minoriti didakwa menghina agama dalam tempoh 20 tahun lalu. - AFP


(Bangunan Mahkamah Tinggi di Peshawar/ AFP)

Media Baharu