fb fb fb fb fb

Beberapa bangunan ikonik di India bergelap sambut Earth Hour

MUMBAI, 26 Mac - India menutup lampu di beberapa lokasi mercu tanda negara itu pada Sabtu sempena sempena sambutan ‘Earth Hour 2023’.

Program Earth Hour yang disambut setiap tahun Tabung Alam Sedunia (WWF) dengan memadamkan lampu selama sejam, sebagai sokongan bagi menangani perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti.

Pada pukul 8.30 malam waktu tempatan, bangunan ikonik di beberapa bandar di India termasuk Mumbai, New Delhi dan Kolkata bertindak memadamkan lampu dan menyebabkan bandar itu bergelap selama satu jam.

(FOTO REUTERS)

Berjuta-juta orang di lebih 7,000 bandar di 190 negara dianggarkan menutup lampu mereka menunjukkann solidariti dan komitmen untuk menyelamatkan bumi. - REUTERS

Media Baharu