fb fb fb fb fb

Jarrett Brown hulur bantuan kepada mangsa ribut di Mississippi

MISSISSIPPI, 26 Mac - Jarrett Brown, ketua sukarelawan Pasukan Rubicon datang ke di Rolling Fork, Mississippi pada Sabtu dalam misi bantuan pemulihan puting beliung di daerah itu.

Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera selepas ribut petir yang menyebabkan angin lurus kencang dan puting beliung melanda Mississippi pada Jumaat dan mengakibatkan ratusan orang hilang tempat tinggal, menurut pegawai negeri.

Brown sertai Team Rubicon, sebuah organisasi kemanusiaan diketuai oleh veteran yang berkhidmat untuk komuniti global sebelum, semasa dan selepas bencana dan krisis.

"Sungguh, tidak ada banyak perbezaan," kata Brown kepada Reuters TV.

"Bagi saya, saya mendaftar untuk tentera untuk berkhidmat kepada negara ini dan melindungi negara ini. Sekarang saya bersama-sama Team Rubicon, berkhidmat untuk negara ini dan melindungi negara ini. Saya tidak dapat melindunginya, tetapi saya pasti boleh membantu mereka."

"Sekurang-kurangnya 23 rakyat Mississippi terbunuh kerana puting beliung ganas malam tadi," tulis Gabenor Mississippi Tate Reeves di Twitter.

(FOTO REUTERS)

"Kami tahu bahawa ramai lagi yang cedera. Pasukan pencarian dan penyelamat masih aktif,"

Reeves mengisytiharkan darurat di daerah yang dilanda ribut.

Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan, menyifatkan kejadian yang melanda Mississippi sebagai "menyayat hati" dan beliau menzahirkan ucapan takziah kepada Reeves dana menawarkan bantuan dan sokongan terhadap pemulihan. - REUTERS

Media Baharu