fb fb fb fb fb

Penduduk Georgia berkabung untuk mangsa tembakan sekolah

FOTO REUTERS

GEORGIA, 9 September - Penduduk di sini berkabung bagi memperingati kematian dua pelajar dan dua guru dalam satu kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah yang menggemparkan Amerika Syarikat (AS).

Dilaporkan seorang remaja lelaki menembak mati empat mangsa tersebut dan sembilan lagi cedera.

Pegawai mengenal pasti mereka yang terbunuh dalam kejadian itu ialah pelajar Sekolah Menengah Apalachee Mason Schermerhorn dan Christian Angulo serta guru sekolah itu Richard Aspinwall dan Cristina Irimie.

Colt Grey,14 tahun merupakan seorang pelajar Apalachee didakwa atas empat pertuduhan membunuh.

Pendakwa raya juga mendakwa bapa Grey iaitu Colin yang berdepan hukuman penjara hingga 180 tahun jika disabitkan kesalahan kerana membunuh tanpa niat, dua pertuduhan membunuh tahap kedua dan lapan pertuduhan kejam terhadap kanak-kanak.

Colin didakwa kerana memberikan senjata kepada anaknya. - REUTERS

TETITIA YUSOFF