fb fb fb fb fb

Apple perkenal iPhone baharu

FOTO REUTERS

San Francisco, 9 September - Apple bakal mengeluarkan iPhone terbaharu pada Isnin yang akan menampilkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan lagi jualan peranti ikoniknya itu.

Acara pelancaran untuk iPhone terbaharu itu adalah bertajuk 'Glowtime' yang akan di diadakan di ibu pejabatnya di bandar Cupertino di Silicon Valley.

iPhone 16 itu diharap dapat menarik pelangggan untuk mendapatkannya, dengan kuasa AI baharu.

"IPhone 16 akan menjadi salah satu pengenalan iPhone yang paling penting, bukan kerana apa yang ada di luar tetapi kerana apa yang ada di dalam iaitu, Apple Intelligence," kata penganalisis utama Forrester, Dipanjan Chatterjee.

"Apple Intelligence" adalah suite baharu ciri perisian untuk semua peranti yang diumumkan pada bulan Jun pada persidangan pembangun tahunan syarikat, ia turut mengumumkan perkongsian dengan OpenAI pembuat ChatGPT.

Apple juga berkata pembantu digitalnya Siri akan mendapat peningkatan AI dan kini akan muncul sebagai cahaya di tepi skrin utama.

"Siri akan menjadi sebahagian besar perbualan," kata penganalisis Strategi Kreatif Carolina Milanesi.

Pemerhati Apple meramalkan Apple akan memperkenalkan model iPhone 16 dengan cip tersuai yang boleh menggerakkan ciri AI, termasuk peningkatan Siri. - AFP

TETITIA YUSOFF