fb fb fb fb fb

Suspek tembak di Kentucky sembunyi dalam hutan tebal

FOTO REUTERS

KENTUCKY, 9 September - Polis Kentucky kini memasuki kawasan hutan tebal di daerah terpencil negeri itu bagi memburu suspek lelaki bersenjata yang menembak dan mencederakan lima orang di sepanjang lebuh raya di sini.

Pihak berkuasa menggesa penduduk supaya berhati-hati dan menjauhkan diri daripada kawasan itu yang dipercayai tempat persembunyian suspek.

Polis menjumpai kereta suspek Joseph Couch, 32 yang didaftarkan atas namanya berhampiran lokasi tembakan.

Sarung senapang turut ditemukan di dalam kenderaan itu dan senapang AR ditemui berhampiran kereta itu pada petang Ahad, kata pejabat Syerif Laurel County.

Kawasan hutan tebal menyukarkan pihak polis menjejaki suspek.

"Itu mungkin salah satu pintu keluar paling jauh di I-75," kata Timbalan Gilbert Acciardo dari Pejabat Sheriff Laurel County kepada pemberita. "Tugas besar. Kami akan berkas susupek sebelum malam."

Setakat ini penyiasat belum dapat mengenal pasti motif tembakan itu, kata Acciardo.

Kejadian tembakan berlaku kira-kira pukul 5.30 petang pada Sabtu di lebuh raya itu.

Lima orang yang terkena tembakan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - REUTERS

TETITIA YUSOFF