fb fb fb fb fb

Pemimpin Ultranasionalis Russia umum bertanding Pilihan Raya Presiden 2024

FOTO REUTERS

MOSCOW, 19 November- Pemimpin Ultranasionalis Russia, Igor Girkin yang dipenjarakan sementara menantikan perbicaraan atas tuduhan hasutan yang melampau mencalonkan dirinya bagi bertanding dalam pilihan raya Presiden Rusia 2024, menurut SOTA, saluran berita dalam talian.

Kenyataan itu dibacakan oleh Oleg Nelzin yang mendakwa dirinya sebagai pengasas dan pengerusi kumpulan yang dikenali sebagai Gerakan pembebasan untuk Strelkov yang disiarkan menerusi Telegram saluran berita SOTA.

Surat yang dibacakan itu juga turut mengarahkan para penyokong Girkin agar membina ibu pejabat dan mula mengumpul tandatangan bagi pencalonan pemimpin tersebut.

SOTA turut menyebut para penyokong Girkin berpandangan siasatan jenayah terhadap pemimpin tersebut yang dijadualkan pada September telah dilanjutkan sehingga 18 Disember depan.

Girkin, yang kalah dalam rayuan terhadap penahanan pra perbicaraan di mahkamah Moscow pada Ogos, terkenal di Barat kerana sabitan tanpa kehadirannya oleh mahkamah Belanda kerana peranannya menembak jatuh pesawat penumpang Malaysia di timur Ukraine pada 2014.

Jurucakap Kremlin, Dimitry peskov berkata Presiden Rusia, Vladmir Putin mempunyai sokongan kuat dan menjangkakan akan memenangi pilihan raya Presiden pada 2024 dengan undi majoriti sekiranya bertanding semula.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD