fb fb fb fb fb

Pihak berkuasa Palestin patut mentadbir Gaza dan Tebing Barat- Biden

Presiden AS, Joe Biden mahukan Gaza dan Tebing Barat ditadbir Pihak Berkuasa Palestin/FOTO AFP

SAN FRANCISCO, 19 November - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata Pihak berkuasa Palestin sewajarnya mentadbir Gaza dan Tebing Barat susulan perang di antara Hamas dan Israel.

"Ketika kita berusaha untuk keamanan, Gaza dan Tebing Barat harus disatukan semula di bawah penstrukturan tadbir urus tunggal, di bawah Pihak Berkuasa Palestin yang dihidupkan semula.

"Sambil kita semua berusaha ke arah penyelesaian dua negara," kata Biden dalam artikel pendapat di Washington Post .

Biden menggunakan op-ed bagi menjawab persoalan tentang apa yang dimahukan Amerika Syarikat untuk Gaza sebaik sahaja konflik berakhir.

“Tidak boleh ada pemindahan paksa rakyat Palestin dari Gaza, tiada pendudukan semula, tiada pengepungan atau sekatan, dan tiada pengurangan wilayah,” kata Biden.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD