BEIRUT, 3 Januari- Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Aruri dilapor terbunuh dalam serangan dron rejim Israel di sini, Lubnan, semalam.
Pegawai Hamas mengesahkan perkara itu sambil mengatakan Saleh terkorban bersama-sama pengawal peribadinya serta lima individu lain.
Media Lubnan melaporkan serangan berkenaan menyasarkan pejabat Hamas di pinggir selatan sini.
Sementara itu, Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati mengecam pembunuhan tersebut dan berkata ia "telah menarik Lubnan" lebih jauh ke dalam perang Hamas-Israel.
Hamas pula menegaskan bahawa pembunuhan berkenaan tidak akan membawa kepada kekalahan dalam perang yang telah berlanjutan hampir tiga bulan sejak 7 Oktober lalu. -AFP