TAIWAN, 1 Disember- Presiden Taiwan Lai Ching-te memulakan lawatan Amerika Syarikat di Hawaii pada Sabtu sebagai sebahagian daripada jelajah Pasifik untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan global.
China, menganggap Taiwan sebagai wilayahnya dan menentang sebarang interaksi atau lawatan asing oleh pemimpin pulau itu. Ia telah meningkatkan tekanan ketenteraan terhadap Taiwan.
China juga menganggap Lai sebagai pemisah yang berbahaya dan menggesa Washington supaya "berhati-hati" dalam hubungannya dengan Taiwan.
Sementara itu sumber keselamatan memberitahu Reuters bahawa Beijing mungkin mengadakan lebih banyak latihan ketenteraan bertepatan dengan jelajah Pasifik Lai termasuk persinggahannya di Hawaii dan Guam. Ia merupakan lawatan asing pertama Lai sejak memegang jawatan pada Mei lalu.
Lai berada di Hawaii sebelum ke Kepulauan Marshall, Tuvalu dan Palau, tiga daripada 12 negara yang mengekalkan hubungan diplomatik rasmi dengan Taipei namun tindakan China memberikan pengaruh lebih kuat.
Sebelum berlepas, Lai mengucapkan "Terima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat kerana menegakkan prinsip keselamatan, maruah, keselesaan dan kemudahan untuk membantu kelancaran proses perjalanan ini."
Agensi Berita Pusat rasmi Taiwan berkata Lai disambut di Lapangan Terbang Honolulu oleh Gabenor Hawaii Josh Green dan Pengarah Urusan Pejabat Washington Institut Amerika di Taiwan Ingrid Larson.- REUTERS