SEOUL, 4 Januari- Pemimpin parti pembangkang Korea Selatan Lee Jae-myung, yang ditikam di leher dilapor semakin pulih.
Menurut seorang doktor Hospital Nasional Seoul pada Khamis bagaimanapun berkata Lee masih memerlukan pemantauan rapi bagi mengelak sebarang komplikasi.
Kejadian berlaku di bandar pelabuhan selatan Busan pada Selasa, seorang lelaki yang berpura-pura menjadi penyokong menerpanya kemudian menikam Lee dengan pisau di bahagian leher sebelah kiri.
Lee mengalami luka pada urat lehernya, digegaskan ke hospital di Busan, kemudian diterbangkan ke ibu kota Seoul untuk menjalani pembedahan.
"Mujur Lee sudah pulih dengan baik."
"Lee telah mengalami luka tertusuk 1.4 sentimeter yang memotong ototnya", kata Min pada sidang akhbar, sambil menambah bahawa perdarahan ditemui di lehernya.
Tambah Min, pisau yang ditusuk ke leher Lee memotong kira-kira 60% daripada urat leher jugular.
"Mujur tiada tanda-tanda kerosakan pada arteri, saraf serebrum, tekak atau saluran pernafasan."
"Semasa Lee dalam pemulihan, pemantauan rapi masih diperlukan", jelas Min kerana mungkin terdapat komplikasi daripada luka itu.
Pemimpin parti itu kini telah dipindahkan daripada wad unit rawatan rapi ke wad am pada Rabu.
Mahkamah di Busan pada Khamis akan menyemak waran tangkap yang difailkan oleh pihak pendakwaan terhadap suspek berusia 66 tahun dalam kejadian itu, yang hanya dikenal pasti dengan nama keluarganya Kim, atas tuduhan cubaan membunuh, menurut agensi berita Yonhap.
Waran itu akan membolehkan polis terus menahan suspek, yang ditangkap di tempat kejadian.- AFP