GAZA, 21 Disember- Pemimpin Hamas melawat Mesir buat kali pertama untuk mengadakan diplomasi yang disifatkan sebagai rundingan intensif mengenai gencatan senjata baharu bagi membenarkan bantuan sampai ke Gaza dan membebaskan lebih banyak tebusan.
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh, kali terakhir pergi ke Mesir pada awal November sebelum pengumuman gencatan senjata selama seminggu di Gaaza. Genjatan itu menyaksikan pembebasan Hamas membebaskan kira-kira 110 daripada 240 tebusan Israel, berikutan serangan yang dilancarakan oleh rejim zionis pada 7 Oktober ke Israel.
Menurut sumber, rundingan itu sedang dalam perancangan bagi membolehkan lebih tahanan dibebaskan oleh Israel.
Penduduk Palestin yang dijadikan tebusan juga akan dibebaskan oleh Israel sebagai pertukaran kepada tebusannya.
Bagaimanapun undian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai usaha untuk meningkatkan bantuan kepada Gaza ditangguhkan atas permintaan Amerika Syarikat, kata para diplomat.
Hampir 20,000 kematian disahkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza, dengan beberapa ribu lagi mayat dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.- REUTERS