fb fb fb fb fb

Pemimpin 18 negara seru Hamas bebaskan tahanan

Foto hiasan

WASHINGTON, 25 April- Pemimpin Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan beberapa negara lain menyeru pejuang Hamas membebaskan sejumlah tahanannya.

Pemimpin negara terlibat menerusi kenyataan berkata perjanjian untuk membebaskan tahanan akan membawa kepada gencatan senjata serta-merta dan berpanjangan di Gaza serta memudahkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke seluruh Gaza, selain dipercayai berupaya menamatkan konflik.

"Kami menyeru pembebasan segera semua tebusan yang ditahan oleh Hamas di Gaza selama lebih 200 hari. Mereka termasuk rakyat kami sendiri," menurut kenyataan itu.

"Kami sangat menyokong usaha pengantaraan yang berterusan untuk membawa pulang rakyat kami.

Israel menganggarkan seramai 129 daripada kira-kira 250 orang yang diculik berada di Gaza, termasuk 34 orang yang didakwa telah terbunuh.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza kendalian Hamas berkata sekurang-kurangnya 34,305 orang terkorban di Gaza dalam tempoh lebih enam bulan konflik Israel-Hamas.-AFP

ROSLINA BINTI DIN