fb fb fb fb fb

Pembunuh cendawan beracun dipenjara 33 tahun

Erin Patterson melakukan pembunuhan itu pada Julai 2023 melalui hidangan daging lembu bersama cendawan beracun. Foto AFP

SYDNEY, 8 September - Seorang wanita Australia dihukum penjara 33 tahun selepas didapati bersalah membunuh ibu bapa mertua serta adik iparnya dengan hidangan cendawan beracun.

Keputusan menyaksikan tertuduh, Erin Patterson bakal menjadi banduan wanita paling lama meringkuk dalam penjara berikutan tiada hukuman mati diperuntukkan di Australia.

Dia didakwa melakukan pembunuhan itu pada Julai 2023 dengan menghidangkan daging lembu bersama cendawan beracun kepada ibu mertuanya, Gail Patterson, bapa mertua, Donald Patterson dan adik ipar, Heather Wilkinson.

Hidangan sama turut diberikan kepada Ian Wilkinson iaitu suami Heather Wilkinson, namun lelaki itu terselamat selepas menerima rawatan di hospital.

Mahkamah juga mensabitkan wanita berusia 50 tahun itu bersalah atas cubaan membunuh Ian Wilkinson.

Hakim Mahkamah Agung Victoria Christopher Beale berkata pembunuhan itu bukan sahaja menyebabkan kehilangan nyawa, malah memberi kesan besar kepada keluarga terlibat.

"Impak buruk jenayah ini tidak terhad kepada mangsa, tetapi telah memudaratkan ramai orang. Tertuduh bukan sahaja membunuh tiga mangsa, tetapi turut menjejaskan kesihatan Ian Wilkinson yang terselamat.

"Tindakan ini telah memusnahkan keluarga Patterson dan Wilkinson," katanya. -Reuters

JALALUDDIN BIN BAHARIN