fb fb fb fb fb

Hubungan Malaysia-Jepun terus diperkukuh

Hubungan Malaysia-Jepun terus diperkukuh dari masa ke masa/Foto Bernama

OSAKA, 8 September - Hubungan perdagangan antara Malaysia dan  Jepun  terus kukuh dan mencatatkan perkembangan memberangsangkan.

Datuk Seri Fadillah Yusoff berkata, pada separuh pertama tahun ini, perdagangan dua hala meningkat 138.8 peratus dengan nilai mencecah lebih RM70 bilion.

Selain itu eksport Malaysia seperti makanan terproses , barangan elektronik dan produk sawit meningkat 79.2 peratus,manakala Import dari Jepun juga turut melonjak.

''Pertumbuhan ini diperkukuh lagi dengan perjanjian perkongsian ekonomi Malaysia Jepun (MJEPA), Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau  dan Perjanjian Komprenhensif dan Progresif Bagi Perjanjian Trans Pasifik (CPTPP).

''Ini semua memainkan peranan penting ke arah mengukuhkan hubungan perdagangan dan membuka peluang baharu kepada kedua-dua negara,'' katanya.

Perkembangan tersebut bukti industri kedua dua negara semakin kukuh dan saling melengkapi, sekaligus membuka peluang pelaburan serta kerjasama strategik pada masa depan.

ASHRIQ FAHMY AHMAD