SEOUL, 18 Ogos- Pembuat cip kecerdasan buatan (AI) Korea Selatan Rebellions Inc dan Sapeon Korea Inc telah menandatangani perjanjian penggabungan muktamad, kata syarikat milik persendirian itu pada Ahad.
Mereka mengumumkan rundingan penggabungan pada Jun. Perjanjian itu dilihat sebagai percubaan terbaru syarikat Korea Selatan untuk mencabar pemimpin cip AI global seperti pemegang saham Nvidia Sapeon termasuk syarikat telekomunikasi terbesar Korea Selatan SK Telecom dan pembuat cip memori kedua terbesar di dunia SK Hynix.
Smentara itu Rebellions menerima pelaburan $15 juta daripada Wa'ed Ventures, cabang modal teroka Saudi Aramco, pada Julai.
Rebellions berkata pelaburan berkenaan menjadikan jumlah pembiayaannya lebih $225 juta.- REUTERS