fb fb fb fb fb

Pemberontak Tigris rogol wanita dan gadis secara beramai-ramai - Amnesty

FOTO AFP

NAIROBI, 16 Februari- Pemberontak Tigris didakwa secara sengaja membunuh orang awam dan merogol puluhan wanita juga gadis bawah umur sepanjang tahun lalu. 

Menurut Amnesty International, kekejaman terbaharu melibatkan jumlah kematian yang tinggi sejak 15 bulan konflik di Ethiopia.

Badan pemerhati hak asasi manusia yang menemu bual 30 mangsa rogol serta keganasan lain mendedahkan hampir separuh daripada mangsa keganasan seksual mengatakan mereka dirogol secara beramai-ramai.

Menurut doktor kepada pihak Amnesty, sesetengah mangsa mengalami kecederaan yang mungkin disebabkan bayonet (senjata tajam dipasang pada hujung senapang) dimasukkan ke dalam kemaluan mangsa.

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun memberitahu dia dan ibunya dirogol oleh pemberontak TPLF (Barisan Pembebasan Rakyat Tigris) yang mendakwa tindakan itu sebagai balas dendam untuk keluarga mereka.

“Salah seorang daripada mereka merogol saya di halaman rumah dan seorang lagi merogol ibu saya di dalam rumah,” katanya.

“Sekarang ini, ibu saya amat sakit dan mengalami tekanan perasaan. Kami tidak bercakap tentang kejadian itu, ia amat mustahil.”

Siasatan mengenainya dibuat susulan penerbitan laporan Amnesty pada November lalu yang mendokumentasikan serangan seksual pemberontak Tigray di bandar Amhara, Nifas Mewcha.

“Bukti semakin jelas mengenai pasukan bersenjata Tigris yang melakukan jenayah perang dan mungkin jenayah kemanusiaan di kawasan penguasaan mereka di wilayah Amhara bermula Julai 2021 dan seterusnya. -AFP

Media Baharu