fb fb fb fb fb

Jahit mulut dan mogok lapar, pendatang bantah larangan rentas sempadan

FOTO REUTERS

TAPACHULA,MEXICO, 16 Februari- Bantahan di luar pejabat imigresen di Tapachula, Mexico meningkat dengan aksi mogok lapar puluhan pendatang yang ingin menyeberangi sempadan Mexico ke Amerika Syarikat.

Ia ditambah dengan aksi menjahit mulut menggunakan jarum dan benang oleh beberapa individu bagi menarik perhatian pihak berkuasa setelah berkumpul di situ sejak berbulan-bulan lalu.

Menurut salah seorang daripada mereka, Ricardo Vargas, permohonan mendapatkan visa bagi merentasi Mexico ditangguh dan ada yang terpaksa berpatah balik.

"Kami mahu bergerak bebas di Mexico tetapi mereka tidak mahu membenarkan kami masuk. kami tidak mempunyai wang untuk terus menjadi hamba di sini sehingga mereka mempunyai masa untuk kami. Kami mahu menyeberang dan bebas tanpa mengganggu mereka (pegawai migrasi). Kami menghormati mereka dan hanya mahu jalan untuk menyeberang secara aman dan satu-satunya cara adalah melalui post ini," kata Ricardo.

Pihak berkuasa Mexico melaporkan peningkatan sebanyak 87 peratus dalam permintaan suaka tahun lepas.

Kemasukan melalui sempadan selatan negara itu juga dapat dilihat melalui bilangan pendatang yang cuba menyeberang ke Amerika Syarikat.

Menurut laporan, sebanyak 1.7 juta kes cubaan rentas sempadan dicatatkan tahun lepas meningkat 458,000 tahun sebelumnya.- REUTERS

Media Baharu