CARACAS, 5 Januari - Pemimpin pembangkang Venezuela menyeru rakyat supaya mengadakan protes besar-besaran pada 9 Januari ini.
Iaitu sehari sebelum Presiden Nicolás Maduro dijangka memulakan penggal ketiga selepas kemenangan pilihan raya yang dipertikaikan secara meluas.
"Hari ini akan tercatat dalam sejarah sebagai hari Venezuela berkata: cukup!” kata María Corina Machado dalam satu video yang dikongsi di platform X.
Corina Machado telah bersembunyi sejak pilihan raya Julai lalu yang didakwa dimenangi oleh calon daripada gabungan pembangkangnya.
Pengumuman itu dijangka meningkatkan ketegangan politik di Venezuela, dengan pembangkang cuba meraih sokongan menentang pentadbiran Maduro yang selama ini berdepan krisis ekonomi, tuduhan penindasan politik, dan kritikan antarabangsa terhadap ketelusan proses pilihan raya. - AFP