fb fb fb fb fb

Pembakaran di utara India, burukkan udara di ibu kota

(Petani membakar jerami sebagai persediaan tanaman baharu/REUTERS)

INDIA, 5 November- Kepulan asap tebal di utara India pada Jumaat berikutan petani membakar jerami sebagai persediaan untuk menanam tanaman baharu, pencemaran itu telah memburukkan keadaan di bandar berdekatan termasuk New Delhi.

"Kami hanya mempunyai tempoh 10 hingga 15 hari untuk menanam gandum dan jika kami tidak menyelesaikan isu jerami dalam tempoh itu, keadaan akan menjadi sukar," kata seorang petani tempatan di wilayah Punjab kepada Reuters.

20 juta penduduk di Delhi terpaksa menghirup udara yang tercemar berikutan indeks kualiti udara (AQI) mencapai kategori "teruk" dan "berbahaya" di hampir semua stesen pemantauan di ibu negara India, mendorong arahan penutupan sekolah.

Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal, yang memerintah negeri Punjab berkata pembakaran tanaman berleluasa. Satu hantarannya di Twitter, "rakyat Punjab dan Delhi mengambil semua langkah yang sepatutnya" untuk menangani pencemaran. Beliau turut menambah, sekolah rendah di ibu negara akan ditutup pada Sabtu berikutan asap tebal yang melanda.- REUTERS

(Pembakaran jerami menyebabkan pencemaran udara di India/REUTERS)

Media Baharu