fb fb fb fb fb

Pele sihat, semakin pulih daripada kanser kolon

SAO PAULO (Brazil), 23 Januari - Legenda bola sepak Brazil, Pele semakin pulih daripada kanser kolon.

Perkara itu disahkan anaknya sendiri, KELY NASCIMENTO (KELI NASI MENTO) dan sekali gus menafikan dakwaan yang mengatakan keadaannya semakin tenat.

Kely menyifatkan bapanya "cukup kuat" apabila berjaya sembuh daripada ketumbuhan dialami.

Bekas pemain Santos dan New York Cosmos berusia 81 tahun dibenarkan keluar hospital Khamis lalu selepas menjalani rawatan kemoterapi selama dua hari.

Pele menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada September tahun lalu dan beberapa kali dimasukkan ke Hospital Albert Einstein di Sao Paulo sejak beberapa bulan lalu.

Pele kini dalam proses pemulihan dan stabil.

Terdahulu, Laporan media mendakwa kanser Pele semakin merebak dan pemenang tiga kali Piala Dunia itu didapati mempunyai ketumbuhan di usus, hati dan paru-parunya.

Media Baharu