ENGLAND, 15 Ogos - 200 tahun selepas pelayaran Charles Darwin ke seluruh dunia, ahli alam sekitar merancang untuk mengikuti jejaknya, dengan melakukan perjalanan dua tahun merentasi empat benua bagi mengkaji hidupan liar endemik dan meningkatkan usaha pemuliharaan.
Kumpulan itu yang digelar Darwin200, memulakan pelayaran hari ini dengan menaiki sekunar Belanda berusia 105 tahun.
Ekspedisi Darwin200 akan berlabuh di 32 pelabuhan, termasuk semua pelabuhan utama yang dilawati oleh Darwin, disamping mendokumentasikan plastik lautan dan kesihatan terumbu karang, menjalankan tinjauan burung laut dan ikan paus serta menjalankan penyelidikan baharu, kata penganjur.
Pengasas Darwin200, Stewart McPherson berkata penyelidiknya akan mengkaji kesan perubahan iklim terhadap terumbu karang dan habitat hidupan liar yang semakin berkurang.
Termsuk menanam beribu-ribu pokok untuk membantu mengurangkan masalah seperti penggurunan tanah. - REUTERS
(FOTO REUTERS)