fb fb fb fb fb

Taufan Lan melanda Jepun

(Foto AFP)

JEPUN, 15 Ogos- Taufan Lan yang menyeberangi kepulauan Honshu di wilayah Wakayama, Jepun telah menyebabkan ribut kuat dan hujan lebat, hari ini.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, ia membawa angin berkelajuan sehingga 198 kilometer sejam.

"Orang ramai diminta berwaspada dengan kawasan sekeliling kerana taufan itu berisiko menyebabkan tanah runtuh," katanya menerusi kenyataan.

Taufan Lan mendorong pembatalan beratus-ratus penerbangan dan kereta api termasuk perkhidmatan kereta api laju Shinkansen.

Terdahulu, pihak berkuasa Jepun mengeluarkan arahan kepada penduduk negara itu agar bersiap sedia menghadapi bencana alam yang bakal melanda dalam tempoh terdekat.

Stesen penyiar tempatan turut memberi pesanan kepada penonton agar menukar pelan perjalanan semasa yang dirancang. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu