fb fb fb fb fb

Polis temukan 13 mayat di Veracruz, Mexico

MEXICO, 15 Ogos - Sekurang-kurangya 13 mayat ditemukan dalam keadaan berbungkus dalam peti sejuk di beberapa bangunan di Veracruz, dis sini, kata pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

Enam suspek telah ditahan berhubung jenayah ngeri itu.

Ujian lapangan dan makmal sedang dijalankan untuk menentukan bilangan individu terlibat dan indentiti mereka, kata peguam negara Veracruz, Veronica Hernandez.

Veracruz merupakan daerah yang kaya dengan minyak di sepanjang pantai Teluk Mexico yang sekikan lama menjadi hab pemerdagangan manusia, pengedaran dadah serta aktiviti jenayah lain.

Lebih 400 orang terbunuh di Veracruz pada separuh pertama tahun ini, menurut data kerajaan. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu