fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan, 3,000 orang dipindahkan di Pyrenees-Orientale

(Foto AFP)

ARGELÈS-SUR-MER, 15 Ogos- Kebakaran hutan menyebabkan sekurang-kurangnya 3,000 orang dipindahkan dari sebuah tapak perkhemahan di Pyrenees-Orientales, berhampiran sempadan Sepanyol.

Jurucakap bomba Pyrenees-Orientales berkata Kampung Saint-Andre, Sorede dan bandar Argeles berisiko terbakar.

"Kebakaran telah merebak lebih kurang 500 hektar di wilayah Pyrenees-Orientales.

"Kira-kira 550 anggota bomba telah dikerahkan bersama beberapa pesawat untuk mengawal kebakaran terbabit.

"Jumlah penduduk yang dipindahkan dijangka meningkat," katanya menerusi kenyataan.

Cuaca kering disebabkan kemarau berpanjangan menyebabkan kebakaran itu berlaku di Pyrenees-Orientales. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu