fb fb fb fb fb

Pelancong tidak endah amaran, 7 maut

SIKKIM, 5 April - Kerana tidak mengendahkan amaran polis, tujuh pelancong maut berikutan runtuhan salji di Himalaya, Sikkim, India.

Sekurang-kurangnya 20 orang berjaya diselamatkan selepas beberapa kenderaan yang membawa pelancong dilanggar salji, kata tentera.

Pekerja penyelamat dilihat menggali menggunakan penyodok dan jengkaut untuk membersihkan salji yang runtuh itu.

"Pelancong itu, sekurang-kurangnya 50 daripada mereka, tidak mengendahkan amaran dan terus naik, dan kemudian runtuhan salji datang secara tiba-tiba menimbus semua orang di bawahnya.

Semua pelancong tertimbus di bawah runtuhan salji lebih kurang sejam sebelum penduduk tempatan, pemandu, polis, dan anggota keselamatan membantu menyelamatkan sebahagian daripada mereka," kata Chewang Gyatso Bhutia, pemandu yang menyaksikan runtuhan salji.

(FOTO REUTERS)

Insiden itu berlaku pukul 11:30 pagi (0600 GMT), kata kenyataan tentera. - REUTERS

Media Baharu