fb fb fb fb fb

Polis Israel serang jemaah ketika solat di Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 5 April- "Saya baru selesai solat dan membaca Al-Quran di atas kerusi, tiba-tiba polis Israel melontar bom tangan kilat dan salah satunya mengenai dada saya," kata seorang wanita warga emas sambil tercungap-cungap.

Dia menceritakan kembali insiden pada subuh tadi apabila berpuluh-puluh jemaah diserang oleh polis Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis.

Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan kecederaan, tetapi tidak menjelaskan secara terperinci berapa ramai yang cedera.

(Seorang wanita warga emas tercungap-cungap selepas terkena lontaran
bom tangan kilat oleh polis Israel / Foto REUTERS)

Pasukan itu juga dihalang oleh tentera zionis untuk sampai ke masjid bagi memberi bantuan kepada mangsa.

Sementara itu, rakyat Palestin mengutuk serangan tersebut dan menyifatkannya sebagai suatu jenayah.-REUTERS

Media Baharu