fb fb fb fb fb

Jepun tawarkan bantuan ketenteraan kepada negara sehaluan

FOTO AFP

TOKYO, 5 April- Jepun bakal mula menawarkan bantuan ketenteraan kepada negara sehaluan, di bawah peraturan baharu yang diumum hari ini.

Langkah itu dilaksana Tokyo bagi membina strategi pertahanan yang lebih proaktif selain menangani ancaman serantau yang semakin meningkat.

"Rangka kerja baharu itu akan berasingan daripada jenis bantuan lain yang ditawarkan Jepun dan secara khusus akan menyasarkan meningkatkan keupayaan keselamatan dan pencegahan negara-negara yang berfikiran sama", kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Inisiatif itu dilihat sebagai satu usaha peralihan yang dibuat Jepun termasuk pada tahun lepas melakukan rombakan besar-besaran dalam meningkatkan perbelanjaan aspek pertahanan kepada 2% daripada KDNK menjelang tahun 2027.

Menurut sumber, sokongan ketenteraan itu bagaimanapun akan dihadkan pada kawasan tertentu sahaja dan tidak melibatkan langsung sebarang konflik antarabangsa.

Jepun masih belum menamakan kemungkinan negara penerima tetapi media tempatan telah melaporkan bahawa Filipina dan Malaysia adalah calon.

Menurut pejabat kabinet, penyaluran bantuan ketenteraan itu meliputi pemantauan dan pengawasan di perairan wilayah dan ruang udara, memerangi keganasan dan membanteras lanun.

Agensi berita Kyodo berkata kerajaan Jepun telah menetapkan sejumlah dua bilion yen (AS$15 juta) bagi perbelanjaan bantuan untuk tentera asing dan pertahanan asing sehingga Mac 2024.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu