JERUSALEM, 13 Oktober - Hamas membebaskan tahanan terakhir Israel pada Isnin di bawah perjanjian gencatan senjata yang dimeterai di Mesir.
Rejim Israel turut menghantar pulang ribuan tahanan Palestin termasuk wanita yang telah lama menderita dipenjara tanpa perbicaraan.
Tindakan tersebut disifatkan sebagai langkah awal ke arah penamatan konflik di Gaza yang memusnahkan sebahagian besar wilayah itu.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Hamas pada Isnin membebaskan 20 tahanan Israel yang terakhir manakala rejim Zionis membebaskan hampir 2,000 tahanan Palestin.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donal Trump menyifatkan langkah itu sebagai satu sejarah buat Asia Barat 'baharu'.
Perjanjian damai yang dimeterai di Sharm el-Sheikh termasuk pertukaran tahanan antara negara haram Israel dan Palestin, dilihat sebagai langkah pertama ke arah gencatan senjata yang lebih kekal.
Bagaimanapun ramai pemerhati menegaskan yang keadilan sebenar hanya akan tercapai apabila sekatan terhadap Gaza ditamatkan dan hak rakyat Palestin diiktiraf sepenuhnya.
Selepas dua tahun, kekejaman Zionis telah mengorbankan hampir 68,000 nyawa di Gaza termasuk kanak-kanak.
Penduduk yang masih hidup pula berdepan konflik kemanusiaan yang teruk termasuk kekurangan nutrisi dan kebuluran yang meragut lebih 400 nyawa.