fb fb fb fb fb

Pelaksanaan vaksinasi Moderna Bivalent/Spikevax lebih awal di Singapura

(FOTO FAIL/ AFP)

SINGAPURA, 11 Oktober- Singapura akan melaksanakan pemberian vaksin bivalen Moderna/Spikevax, di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan republik itu pada 14 Oktober 2022, tiga hari lebih awal berbanding jadual asal.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), pelancaran lebih awal itu dilakukan selepas pasukan operasi berjaya menyelesaikan persediaannya dengan lebih cepat dan “ada manfaat memberikan suntikan lebih awal memandangkan jangkitan semakin meningkat disebabkan subvarian XBB Omicron.”

“Vaksin Moderna/Spikevax bivalen berasaskan vaksin asal yang sama dengan dos penggalak yang sama. Daripada hanya menyasarkan virus COVID-19 asal, versi yang dikemas kini ini juga menyasarkan varian Omicron.

“Oleh itu ia menawarkan perlindungan lebih baik menentang varian baharu COVID-19. Ia terbukti selamat dan berkesan,” menurut kementerian itu dalam kenyataannya hari ini.

Pada 7 Oktober, Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian bagi COVID-19 republik itu mengumumkan formulasi asal vaksin Moderna/Spikevax akan digantikan dengan versi bilavalent terbaharu.- BERNAMA


(FOTO FAIL/ AFP)

Media Baharu