fb fb fb fb fb

Jasad mangsa tragedi pusat asuhan kanak-kanak selamat disemadikan

NA KLANG, 12 Oktober- Jasad mangsa yang terkorban dalam kejadian amuk di sebuah pusat asuhan kanak-kanak selamat disemadikan semalam.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan kuil tempat upacara pembakaran dijalankan apabila ahli keluarga dan saudara mara memberikan penghormatan terakhir selepas tempoh berkabung selama tiga hari berakhir semalam.

19 daripada mangsa kebanyakannya kanak-kanak disemadikan menerusi upacara pembakaran di kuil Rat Samakee, Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu.

Upacara pembakaran yang dibiayai kerajaan itu turut dihadiri Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dan menteri kabinet.

Pada Isnin, penduduk kampung dan sukarelawan bekerjasama untuk membina tempat khas (untuk tujuan pembakaran) di pekarangan kuil Rat Samkee.

Sami Kuil Rat Samakee, Phra Kru Adisal Kijjanuwat berkata upacara pembakaran dibuat secara terbuka menggunakan arang bertujuan memendekkan proses pembakaran.

Sementara itu, mangsa lain menjalani upacara pembakaran di kuil Si Uthai dan Thepmongkulpichai, semalam.

Jasad mangsa tragedi pusat asuhan kanak-kanak selamat disemadikan / FOTO AFP

Khamis lalu, seorang anggota polis yang dipecat, membunuh 36 orang termasuk 24 kanak-kanak di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu, kira-kira 500 kilometer timur laut Bangkok.

Lelaki berusia 34 tahun itu membunuh 23 kanak-kanak yang sedang tidur selepas makan tengah hari, di pusat jagaan kanak-kanak berkenaan.

Dia yang kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan, pulang ke rumah lalu membunuh isteri dan anak lelakinya sebelum menembak diri sendiri. -AFP

Media Baharu