fb fb fb fb fb

Pelakon lagenda Perancis, Alain Delon meninggal dunia pada usia 88 tahun

Pelakon Perancis, Alain Delon meninggal dunia pada usia 88 tahun / Foto Reuters

PARIS, 18 Ogos - Pelakon lagenda Perancis, Alain Delon yang pernah mencairkan hati jutaan peminat filem sama ada berlakon sebagai pembunuh, penjahat atau pembunuh upahan pada zaman kegemilangannya telah meninggal dunia pada Ahad pada usia 88 tahun.

Media Perancis melaporkan, Delon mengalami kesihatan yang teruk sejak diserang strok pada 2019.

Delon terkenal dalam dua filem oleh pengarah Itali Luchino Visconti, "Rocco and His Brothers" pada tahun 1960 dan "The Leopard" pada tahun 1963.

Dia turut membintangi beberapa filem bersama pelakon Jean Gabin dalam filem arahan Henri Verneuil pada 1963 "Melodie en Sous-Sol" ("Any Number Can Win") dan menerusi filem Jean-Pierre Melville 1967 "Le Samourai" ("The Godson").-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN