fb fb fb fb fb

Pelajar universiti adakan protes, mahu Palestin dibebaskan

Foto REUTERS

MEXICO, 3 Mei- Puluhan pelajar yang juga penyokong Palestin berkumpul di sebuah universiti di Mexico; menandakan solidariti mereka terhadap rakyat Palestin.

Mereka memasang khemah dan menaikkan bendera Palestin di hadapan ibu pejabat Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico (UNAM) di Mexico.

Penyokong menuntut agar wilayah terkepung itu dibebaskan segera.

Mereka turut menggesa agar kerajaan Mexico memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

"Kami di sini menyokong Palestin, rakyat yang berada di negara itu," kata pelajar, Valentino Pino.

"Apabila orang melihat UNAM mula bergerak, universiti lain harus juga bermula," kata pelajar, Jimena Rosas.

Puluhan universiti di Amerika Syarikat telah menunjukkan demonstrasi pro-Palestin dalam beberapa minggu kebelakangan ini; membawa kepada pertempuran dengan polis.

Konflik Israel-Hamas sejak 7 Oktober lalu telah menyebabkan lebih 34,500 rakyat Palestin terkorban, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM