DHAKA, 29 Julai - Sekumpulan pelajar di Bangladesh berikrar untuk meneruskan tunjuk perasaan yang telah mencetuskan tindakan keras pihak polis melainkan beberapa pemimpin mereka dibebaskan daripada tahanan pada Ahad.
Ketegangan yang tercetus minggu lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 205 orang, termasuk beberapa pegawai polis menerusi salah satu pergolakan terbesar dalam tempoh 15 tahun pemerintahan Perdana Menteri, Sheikh Hasina.
Rondaan tentera dan perintah berkurung di seluruh negara kekal dikuatkuasakan lebih seminggu selepas ia dilaksanakan, dan polis telah menahan beribu-ribu penunjuk perasaan termasuk sekurang-kurangnya setengah dozen pemimpin pelajar.
Anggota Mahasiswa yang menentang diskriminasi, dimana kempen mereka menentang kuota pekerjaan dalam perkhidmatan awam yang telah mencetuskan pergolakan berkata mereka akan menamatkan moratorium bantahan mereka selama seminggu.
Ketua kumpulan itu Nahid Islam dan yang lain "harus dibebaskan dan kes terhadap mereka mesti ditarik balik", Abdul Hannan Masud memberitahu pemberita dalam taklimat menerusi talian lewat Sabtu.
Masud, yang tidak mendedahkan lokasinya kerana bersembunyi daripada pihak berkuasa, turut menuntut "tindakan yang dapat dilihat" diambil terhadap menteri kerajaan dan pegawai polis yang bertanggungjawab atas kematian penunjuk perasaan.
“Jika tidak, pelajar yang menentang diskriminasi akan dipaksa melancarkan bantahan keras” mulai Isnin, katanya.
Sekurang-kurangnya 9,000 orang telah ditahan di seluruh negara sejak rusuhan itu bermula, mengikut laporan akhbar harian terbesar Bangladesh, Prothom Alo.-AFP