fb fb fb fb fb

Pekerja wanita dalam sektor kerajaan Taliban wajib menutup aurat

FOTO AFP

KABUL, 23 Februari- Pekerja wanita yang bekerja dengan jabatan pemerintah Taliban diwajibkan menutup aurat sekalipun dengan selimut jika perlu.

Jabatan Amal Makruf Nahi Mungkar Taliban berkata, wanita tidak boleh keluar bekerja kecuali dengan menutup aurat, atau mereka boleh dipecat jika tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Ketetapan terbaharu itu dikeluarkan Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat Afghanistan menerusi satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, tindakan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan sebahagian besar kaum wanita di Afghanistan memang sudah menutup aurat.

Dalam pada itu, ketetapan baharu itu turut menyebut pakaian dari barat dilarang di Afghanistan sementara kaum lelaki diarahkan tidak mencukur misai dan janggut mereka.

Sebelum ini, beberapa larangan ketat telah dilaksanakanTaliban termasuk mengharamkan drama televisyen yang memaparkan kaum wanita kecuali ia mengetengahkan tema Islam dan melarang muzik di tempat-tempat awam. -AFP

Media Baharu