fb fb fb fb fb

Pekerja ladang Indonesia maut, dibaham buaya

Foto hiasan

PONTIANAK, 6 Disember- Seorang wanita dibaham buaya ketika sedang bekerja di ladang kelapa sawit di Kalimantan Barat, Indonesia, kata polis tempatan.

Reptilia berkenaan menyambar tangan kiri wanita berusia 44 tahun sebelum dibawa ke dalam sungai.

Rakan sekerjanya cuba menarik wanita berkenaan namun gagal berikutan gigitan kuat buaya berkenaan. Wanita itu terus memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis di daerah pantai Ketapang.

"Selepas 90 minit pencarian, mayat mangsa ditemukan," kata ketua polis tempatan Bagus Tri Baskoro dalam satu kenyataan.

Mayat wanita itu ditemukan "tidak jauh" dari lokasi serangan. Haiwan itu melepaskan mayatnya apabila penyelamat menghampirinya, tambahnya.

Ogos lalu, seekor buaya turut membaham seorang wanita berusia 54 tahun ketika dia mandi di sungai di kepulauan Maluku, Indonesia.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI