fb fb fb fb fb

PBB pilih 15 negara, berkhidmat dalam Majlis Hak Asasi Manusia

FOTO AFP

GENEVA, 11 Oktober- Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memilih 15 negara untuk berkhidmat dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Ia dianggotai 47 anggota bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Jan 2024.

Melalui undian secara sulit negara yang terpilih, termasuk Burundi, Cote d'Ivoire, Ghana, Malawi (untuk Afrika), China, Indonesia, Jepun, Kuwait (Asia-Pasifik), Albania, Bulgaria (Eropah Timur), Brazil, Cuba, Republik Dominican (Amerika Latin dan Caribbean), Perancis, Belanda (Eropah Barat dan negara lain) telah dipilih.

Rusia dalam kumpulan Eropah Timur dan Peru di Amerika Latin dan kumpulan Caribbean kecundang dalam bidaan.

Rusia gagal melepasi 97 undian yang diperlukan manakala Peru yang menerima 108 undi menyokong gagal mengatasi tiga pencabar lain dalam kumpulan itu.

Calon dalam kumpulan Afrika, Asia-Pasifik, Eropah Barat dan negeri-negeri lain menang selesa tanpa dicabar.

Sementara itu, China, Cote d'Ivoire, Cuba, Perancis dan Malawi telah dipilih semula.

Sebanyak 10 negara akan meninggalkan Majlis Hak Asasi Manusia menjelang akhir tahun.

Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang berpangkalan di Geneva ialah badan antara kerajaan yang bertanggungjawab untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu